AMKewanganUTAMA

Belanjawan 2025 : Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak tertinggi antara negeri – Fadillah

Spread the love

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2024 – Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan dan adalah yang tertinggi antara negeri iaitu masing-masing RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion di dalam Belanjawan 2025.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Kredit Foto FB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof Pemberian Khas Sarawak tidak pernah dikaji sejak 1969.

“Di bawah MADANI, tahun ini kita telah menaikkan kadar kepada RM300 juta ketimbang RM16 juta (Sarawak) dan RM125.6 juta (Sabah). Mulai 2025, Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada RM600 juta.” kata Fadillah.

Katanya lagi, sebanyak 17 pakej kerja Pan Borneo Sabah Fasa 1B telah dikeluarkan SST dengan nilai kontrak RM9.7 bilion.

“Ini meliputi jajaran Kota Belud ke Kudat; Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke Ranau. Sementara, Pan Borneo Sarawak dijangka siap November 2024. Secara keseluruhan, Projek Pan Borneo Sarawak dan Sabah telah menelan belanja sebanyak RM25.1 bilion.

Kerajaan telah memuktamad empat pakej kerja Sabah Sarawak Link Road (SSLR) Fasa 2 bernilai RM7.4 bilion. Dua pakej sudah dianugerahkan, manakala baki pakej sebelum hujung tahun.” kata Fadillah.

Tambahnya, Kerajaan juga bersetuju melaksanakan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Tawau, Sabah dan Lapangan Terbang Miri, Sarawak dengan kos RM253 juta.

Kerajaan Persekutuan dan Sarawak turut bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan RM1 bilion dengan kesediaan Sarawak yang mendahulukan pembiayaan bagi pembinaan projek.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

AMKewanganKhidmat Sosial Korporat

Mohd Iskandar Dzulkarnain dilantik Pengarah Urusan AmanahRaya REIT Baharu

Spread the loveKuala Lumpur, 17 Mac 2025 – AmanahRaya Real Estate Investment...

OKUPendidikanUTAMA

UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...

PolitikUTAMA

Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...

PolitikUTAMA

Saifuddin nasihat Keadilan Kedah & Perlis Bertanding Sihat, Jaga Kesatuan Menjelang Pemilihan Parti

Spread the loveSUNGAI PETANI, 17 Mac 2025 – Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Parti...