AMUTAMA

Armizan hadir saksikan LoU diantara MyIPO dan WIPO di Geneva, Switzerland

Kredit Foto : UKK KPDN
Spread the love

GENEVA, 13 September 2024 – Malaysia secara rasminya menyertai pangkalan data ‘WIPO Alert Data Sharing Platform’ yang dikendalikan oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (World Intellectual Property Organization (WIPO), sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UN).

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, penyertaan negara menandakan satu langkah penting ke arah memperkasakan penguatkuasaan harta intelek negara dalam era digital.

Kredit Foto : UKK KPDN

“Sebagai tanda komitmen Malaysia terhadap usaha ini, hari ini saya hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Persefahaman (LoU) diantara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan WIPO bertempat di ibu pejabat WIPO di Geneva, Switzerland.

Dengan penyertaan ini, Malaysia kini berada di barisan hadapan bersama 14 negara lain yang telah menyertai platform ini.” kata Armizan.

WIPO Alert merupakan satu platform dalam talian yang dibangunkan oleh WIPO untuk membantu agensi penguatkuasaan memuat naik dan mengakses senarai laman sesawang yang dikenalpasti melanggar hak
cipta.

“Melalui perkongsian maklumat ini, Malaysia dapat memperkukuhkan usaha dalam menangani pelanggaran hak cipta di platform digital, sekaligus melindungi pemilik harta intelek.

Inisiatif ini bukan sahaja memperkasakan penguatkuasaan harta intelek negara, tetapi juga memudahkan proses dan tindakan yang sedia ada dalam memerangi cetak rompak digital serta kandungan pengiklanan tanpa kebenaran. Penyertaan dalam WIPO Alert menegaskan komitmen Malaysia untuk melindungi kepentingan pemilik harta intelek dan memastikan integriti pasaran digital.” kata Armizan.

Tambahnya, sejumlah 4,084 sekatan laman sesawang telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguat Kuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama MyIPO dan agensi-agensi berkaitan bagi tempoh 2018 hingga 2024. Sekatan tersebut dibuat atas kesalahan melanggar kandungan hak cipta.

“Pembangunan dan pemerkasaan penguatkuasaan dalam ekosistem digital ini perlu diteruskan dan saya akan memastikan usaha kerjasama bersama WIPO ini akan diteruskan melalui pembangunan kapasiti dan
latihan. Penglibatan aktif Malaysia di persidangan antarabangsa yang melibatkan isu penguatkuasaan digital ini bagi mengekang apa-apa bentuk aktiviti yang terkait dengan pelanggaran hak cipta digital.

Pembangunan ekosistem harta intelek yang kondusif adalah penting untuk menggalakkan pelaburan asing dan seterusnya menambah baik kedudukan ekonomi negara.” kata Armizan.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

AMKewanganKhidmat Sosial Korporat

Mohd Iskandar Dzulkarnain dilantik Pengarah Urusan AmanahRaya REIT Baharu

Spread the loveKuala Lumpur, 17 Mac 2025 – AmanahRaya Real Estate Investment...

OKUPendidikanUTAMA

UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...

PolitikUTAMA

Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...

PolitikUTAMA

Saifuddin nasihat Keadilan Kedah & Perlis Bertanding Sihat, Jaga Kesatuan Menjelang Pemilihan Parti

Spread the loveSUNGAI PETANI, 17 Mac 2025 – Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Parti...