AMUTAMA

KSN mahu dasar, peraturan dan SOP lapuk diteliti semula

Kredit Foto : FB rasmi Ketua Setiausaha Negara (KSN),  Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar
Spread the love

PUTRAJAYA, 5 September 2024 – Ketua Setiausaha Negara (KSN),  Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar mengingatkan semua KSU, SUK dan Ketua Jabatan supaya meneliti semula dasar, peraturan dan SOP di kementerian, kerajaan negeri dan jabatan masing-masing yang telah lama dan lapuk.

Kredit Foto : FB rasmi Ketua Setiausaha Negara (KSN),  Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar

“Pada pagi ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Nasional bilangan 2/ 2024 yang dihadiri oleh Dato’ Sri KPPA, Datuk Peguam Negara, Tan Sri KP SPRM, sebahagian besar KSU dan wakil-wakil dari Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri.

Saya memberi perhatian serius berhubung isu tatakelola, salah guna kuasa termasuk kes-kes tatatertib yang melibatkan rasuah dan pecah amanah.” kata Shamzul Azri menerusi satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau.

Jelasnya, dasar, peraturan dan SOP yang telah lapuk berpotensi untuk membuka ruang dan peluang kepada salah guna kuasa, penyelewengan dan juga rasuah.

“Dasar, peraturan dan SOP perlu ditambah baik selaras dengan prinsip tatakelola baik iaitu ketelusan, akauntabiliti, kecekapan dan keberkesanan.

Integrity is doing the right thing even when no one is watching.” tegas Shamsul Azri.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

Isu SemasaUTAMA

Isu tular kewarganegaraan pendatang Cina adalah fitnah

Spread the lovePUTRAJAYA, 14 Mac 2025 – Menteri Dalam Negeri Datuk Saifuddin...

AMPelanconganUTAMA

TOURISM MALAYSIA LANCAR PAKEJ PELANCONGANWELLNESS MERANGKUMI PENGALAMAN HOLISTIK DAN DESTINASI INDAH

Spread the loveKUALA LUMPUR, 14 MAC 2025 – Tourism Malaysia hari ini...

AMUTAMA

KERAJAAN DAN FOODPANDA JALIN KERJASAMA PERLUAS PERLINDUNGAN SOSIAL PEKERJA GIG

Spread the loveKuala Lumpur, 13 Mac 2025 – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)...

AMPelancongan

TOURISM MALAYSIA PERKUKUH LIBAT URUS  INDUSTRI PELANCONGAN MENUJU TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Spread the lovePORT DICKSON, 13 Mac 2025 – Tourism Malaysia meneruskan usaha...