Gaya HidupSukan

Sembilan Pasukan Masuk Gelanggang, Rebut Piala YB Helmy

MOHD Noor Helmy (tengah) bergambar bersama pasukan pertama yang menyertai perlawanan itu selepas dilancarkan di Padang Bola Taman Seri Duyong 2.
Spread the love
MOHD Noor Helmy (tengah) bergambar bersama pasukan pertama yang menyertai perlawanan itu selepas dilancarkan di Padang Bola Taman Seri Duyong 2.

DUYONG 3 September – Sembilan pasukan diwakili anak muda sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong akan beraksi pada Liga Bola Sepak #Duyongkita Piala YB Helmy.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, sepak mula Liga Bola Sepak #Duyongkita Piala YB Helmy berlangsung 1 September lalu membabitkan enam pasukan di Padang Bola Sepak Taman Seri Duyong 2.

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, pelawanan dijadualkan setiap Ahad sepanjang bulan ini dengan aksi final dijangka pada awal Oktober nanti.

“Perlawanan dibahagikan kepada dua sesi iaitu jam 8 pagi dan 4 petang dengan penyertaaan 135 anak muda sekitar DUN Duyong yang mewakili sembilan pasukan.

“Sebagai Adun kawasan, menjadi harapan saya agar penganjuran liga ini menjadi medan penyatuan dalam kalangan belia, kepada penduduk sekitar DUN Duyong, jom beramai-ramai hadir bagi menyaksikan perlawanan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya, liga dianjurkan juga mampu menarik minat dalam kalangan warga Duyong untuk mengamalkan gaya hidup sihat selain mencari bakat baharu dalam sukan bola sepak.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

Gaya HidupPendapat

Kemiskinan dan Ramadan

Spread the loveOleh Mohd Khairi Ismail Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh...

Gaya Hidup

Raya Bersama Shopee Bawa Penjimatan Besar, Ganjaran Hebat, dan Pengalaman Membeli-Belah yang Mengujakan

Spread the loveKUALA LUMPUR, 13 MARCH 2025 – Dengan Hari Raya semakin...

Gaya HidupMakan

Hidangan Menambat Hati dari Seoul: Mi Sedaap Menyajikan Keenakan & Kepedasan Rasa yang Membuka Selera

Spread the loveKuala Lumpur, 13 Februari 2025 – Pencinta mi, siap sedia!...

Gaya HidupPendapat

Raikan demi perpaduan, tanpa gadai akidah

Spread the loveOleh: Dr Ariyanti Mustapha Sambutan perayaan dalam kalangan masyarakat Malaysia...