AIBernamaSains, Teknologi & Komunikasi

Program Microsoft AI Teach Diperluaskan Ke Perak

Program Microsoft AI Teach diperluaskan ke Perak
Spread the love

PERAK, 27 Ogos 2024 (Bernama) — Satu penganjuran program MCMC Microsoft AI TEACH iaitu pembangunan kapasiti AI kepada warga Perak oleh MCMC dengan kerjasama Digital Perak Corporation Holdings (DPCH) telah diadakan baru-baru ini.
 
Program latihan selama dua hari ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, YB Azlan Helmi bin Helmi.
 
Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) memberi banyak manfaat kepada kehidupan rakyat. Teknologi AI, bukan sahaja boleh mengurangkan beban kerja seperti kemasukan data, pengurusan dan penyimpanan rekod bahkan juga menjimatkan masa untuk menguruskan sesuatu operasi.
 
Matlamat program berkenaan adalah untuk memperkasakan peluang kerjaya bagi warga Perak menerusi pemantapan serta pensijilan dalam satu daripada kemahiran teknologi digital Revolusi Industri 4.0, iaitu Kecerdasan Buatan (AI).
 
Para peserta turut akan menerima sijil penyertaan dan sokongan penempatan pekerjaan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selepas tamat latihan dan ini seterusnya memperkukuhkan kemasukan mereka ke dalam ekonomi digital.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

AMBernamaJenayah

MUAT NAIK KANDUNGAN PALSU SENTUH SENSITIVITI AGAMA DI MEDIA SOSIAL: SEORANG INDIVIDU DISIASAT

Spread the loveCYBERJAYA, 13 Mac (Bernama) — Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun...

AMBernama

TIADA PENGGANTUNGAN LESEN TERHADAP ERA FM

Spread the loveCYBERJAYA, 12 Mac (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)...

AMBernama

HARITH ISKANDER, CECELIA YAP DIKOMPAUN RM10,000 SEORANG, KERTAS SIASATAN ERA AKAN DIKEMUKA KEPADA AGC

Spread the loveCYBERJAYA, 6 Mac (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)...