TenagaUTAMA

PETRA : Garis panduan pelaksanaan CRESS akan dikeluarkan pada September 2024

Spread the love

PUTRAJAYA, 22 Ogos 2024 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan memperkenalkan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat atau Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS), yang merupakan inisiatif progresif Kerajaan Madani dalam mewujudkan opsyen pembekalan elektrik hijau yang lebih luas kepada pengguna.

Menurut PETRA dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, inisiatif berteraskan akses pihak ketiga itu dijangka akan dilaksanakan pada September 2024.

Justeru, satu sesi dialog dan penerangan kepada pihak industri mengenai pelaksanaan Program CRESS telah diadakan pada hari ini bagi mendapat maklum balas daripada pihak industri mengenai prinsip asas serta kerangka pelaksanaan program tersebut.

Sesi dialog tersebut yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan seramai kira-kira 250 pemain industri telah hadir dan pelbagai idea serta pandangan berkaitan pelaksanaan Program CRESS telah diutarakan.

Fadillah telah menutup sesi dialog itu dengan memaklumkan bahawa maklum balas yang diutarakan oleh wakil industri akan diteliti dan diambil kira dalam penyediaan garis panduan pelaksanaan CRESS yang dijangka akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada bulan September 2024 nanti.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

OKUPendidikanUTAMA

UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...

PolitikUTAMA

Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...

PolitikUTAMA

Saifuddin nasihat Keadilan Kedah & Perlis Bertanding Sihat, Jaga Kesatuan Menjelang Pemilihan Parti

Spread the loveSUNGAI PETANI, 17 Mac 2025 – Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Parti...

EkonomiKewanganPendapatUTAMA

Berkesankah STR atasi kemiskinan di Malaysia?

Spread the loveOleh: Cheah Chan Fatt Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah...