AMBM @ MY LNA

TYT rasmi Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 2024

Spread the love

Oleh Norafiqah Jamal / MELAKA HARI INI

AYER KEROH 8 Ogos – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Program Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 2024 di Hotel MITC, di sini, malam tadi.

MABIMS merupakan singkatan bagi Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura.

Program anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Cawangan Dakwah Bil Hal itu disertai kira-kira 40 belia Negara MABIMS membabitkan Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Tahun ini, program Perkaderan Syabab MABIMS yang diadakan pada 6 hingga 14 Ogos menjelajah ke empat lokasi iaitu Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Pada majlis itu, Tun Dr. Mohd Ali yang diiringi Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM Dr. Ruslan Said telah menyempurnakan lafaz perasmian program berkenaan.

Yang di-Pertua Negeri kemudiannya telah menyampaikan kit Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) kepada wakil peserta dari setiap negara.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

AMPelanconganUTAMA

TOURISM MALAYSIA LANCAR PAKEJ PELANCONGANWELLNESS MERANGKUMI PENGALAMAN HOLISTIK DAN DESTINASI INDAH

Spread the loveKUALA LUMPUR, 14 MAC 2025 – Tourism Malaysia hari ini...

AMUTAMA

KERAJAAN DAN FOODPANDA JALIN KERJASAMA PERLUAS PERLINDUNGAN SOSIAL PEKERJA GIG

Spread the loveKuala Lumpur, 13 Mac 2025 – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)...

AMPelancongan

TOURISM MALAYSIA PERKUKUH LIBAT URUS  INDUSTRI PELANCONGAN MENUJU TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Spread the lovePORT DICKSON, 13 Mac 2025 – Tourism Malaysia meneruskan usaha...

AMBernamaJenayah

MUAT NAIK KANDUNGAN PALSU SENTUH SENSITIVITI AGAMA DI MEDIA SOSIAL: SEORANG INDIVIDU DISIASAT

Spread the loveCYBERJAYA, 13 Mac (Bernama) — Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun...