AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikanUTAMA

UM pastikan tahap kesihatan kaum Semai di Raub terjaga

Kanak-kanak gembira mengikuti aktiviti yang disusun khas untuk mereka
Spread the love

Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan sebuah Program Khidmat Masyarakat yang memberi manfaat kepada penduduk Orang Asli Semai di Raub, Pahang baru-baru ini. Program yang berlangsung selama tiga hari ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, dan disertai oleh 42 orang sukarelawan dari pelbagai bidang kepakaran kesihatan.

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama di antara Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian UM, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Perlis Plantation Berhad (PPB) Group dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Program ini bertujuan untuk menjalankan aktiviti promosi dan saringan kesihatan untuk memanfaatkan penduduk-penduduk di perkampungan Orang Asli Semai di Raub, khasnya Kampung Rensong dan Kampung Satak.

Kesemua sukarelawan bergambar kenangan di hadapan sekolah

“Saya gembira melihat kesungguhan para sukarelawan mendekati penduduk kampung ini. Walaupun mungkin sudah berpengalaman melakukan aktiviti bersama penduduk luar bandar, namun ini adalah kali pertama untuk sebahagian besar daripada mereka, berpeluang untuk berinteraksi dengan penduduk kampung orang asli,” kata Dr. Ng Aik Hao dari Fakulti Perubatan, yang mengetuai delegasi sukarelawan dari UM.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini, termasuklah saringan perubatan asas, konsultasi perubatan dan rawatan asas, pemberian ubat cacing, pemeriksaan gigi dan rawatan asas pergigian, saringan kanser payu dara dan pangkal rahim, pemberian vaksin HPV, serta ceramah kesihatan mengenai pemakanan sihat dan pencegahan kanser.

Prof. Dr. Norliza Ibrahim, Profesor di Fakulti Pergigian yang turut menyertai program ini, menyatakan kekagumannya terhadap sambutan penduduk kampung. “Selalunya sambutan agak dingin untuk pemeriksaan gigi kerana sering dimomokkan dengan pemeriksaan gigi yang menyakitkan, namun dengan pendedahan maklumat yang betul, mereka beratur beramai-ramai untuk mendapatkan pemeriksaan gigi,” katanya.

Sepanjang program tersebut, seramai 500 orang kampung dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Satak telah menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Penglibatan ramai penduduk di perkampungan orang asli ini dapat mempertingkat kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan di samping mendapat perkhidmatan perubatan dan pergigian secara langsung daripada pasukan kesihatan.

Dr. Ng Aik Hao menambah, “Saya pasti pengalaman ini akan menjadikan mereka sebagai petugas kesihatan yang lebih empati dan prihatin satu hari nanti.” Beliau berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai komuniti yang memerlukan.

Program khidmat masyarakat ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk Orang Asli Semai, tetapi juga memberi pengalaman berharga kepada para sukarelawan dari UM. Ia merupakan satu langkah positif dalam usaha universiti untuk mendekati masyarakat dan memberi sumbangan bermakna kepada komuniti yang terpinggir dan memerlukan.


Prof. Madya Dr. Nor Azlida Mohd. Nor,

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati
melalui Prof. Madya Dr. Nor Azlida Mohd. Nor, Fakulti Pergigian, Universiti
Malaya di azlida@um.edu.my

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

PendapatPendidikan

UA untuk semua: Tiada pelajar harus ketinggalan

Spread the loveOleh Muzalwana Abdul Talib Permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi...

AMKewanganKhidmat Sosial Korporat

Mohd Iskandar Dzulkarnain dilantik Pengarah Urusan AmanahRaya REIT Baharu

Spread the loveKuala Lumpur, 17 Mac 2025 – AmanahRaya Real Estate Investment...

PendapatPendidikan

UPSI Perkasa Tatakelola AI Melalui Seminar STAKE ’25

Spread the loveOleh: Bazli Razak TANJUNG MALIM, 17 Mac 2025 – Universiti...

OKUPendidikanUTAMA

UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...