BM @ MY LNAGaya HidupSeni & Budaya

‘Hang Tuah’ bersilat jadi tumpuan

Spread the love

Oleh NORAFIQAH JAMAL / MELAKA HARI INI

AYER KEROH 26 Jun – Teknologi skrin pemancar yang membolehkan pengunjung melihat aksi Silat Hang Tuah menjadi antara tarikan buat pengunjung yang hadir ke Pameran Hang Tuah di Hall A Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

Pemandu Pelancong Dalaman Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), B.H Ahmad Sabri Epit berkata, tarikan itu dibawa menerusi penggunaan teknologi dan inovasi kecerdasan buatan (AI) serta hologram pada sudut interaktif yang disediakan.

Menurutnya, selain Silat Hang Tuah, pengunjung juga dapat menggunakan teknologi itu untuk melihat artifak dan maklumat berkaitan sejarah melalui hujung jari sahaja.

“Teknologi yang digunakan di Pameran Hang Tuah ini tidak ada di mana-mana muzium di Melaka lagi dan di pameran ini saya melihat pengunjung yang hadir memang teruja dengan apa yang dipaparkan.

“Selepas skrin pemancar, sebanyak empat hologram yang memaparkan artifak juga menjadi tumpuan pengunjung kerana ia merupakan interaktif dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

“Apabila disentuh, artifak akan terlihat beserta penerangan mengenai artifak terbabit. Ia seperti kotak kaca yang terisi artifak namun diletakkan inovasi teknologi masa kini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut B.H Ahmad Sabri berkata, rata-rata pengunjung turut memuji inisiatif selitan teknologi pada pameran berkenaan, selain berharap teknologi sama dipraktikkan di muzium-muzium yang terdapat di negeri ini.

“Ramai pengunjung memberi cadangan kepada PERZIM untuk menambah baik kaedah memaparkan bahan sejarah dengan lebih menarik dan interaktif seumpama ini kerana ia mampu menarik lebih ramai pengunjung,” katanya.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

Gaya HidupPendapat

Kemiskinan dan Ramadan

Spread the loveOleh Mohd Khairi Ismail Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh...

Gaya Hidup

Raya Bersama Shopee Bawa Penjimatan Besar, Ganjaran Hebat, dan Pengalaman Membeli-Belah yang Mengujakan

Spread the loveKUALA LUMPUR, 13 MARCH 2025 – Dengan Hari Raya semakin...

PendapatSeni & Budaya

Menyantuni suku Temuan di pinggir ibu kota

Spread the lovePada 29 Disember 2024, Seramai 40 orang pelajar dari Kolej...

Gaya HidupMakan

Hidangan Menambat Hati dari Seoul: Mi Sedaap Menyajikan Keenakan & Kepedasan Rasa yang Membuka Selera

Spread the loveKuala Lumpur, 13 Februari 2025 – Pencinta mi, siap sedia!...