AMBM @ MY LNAKomunikasi DigitalParlimenSains, Teknologi & KomunikasiUTAMA

MCMC dalam proses lengkapkan kerangka perlesenan ke atas penyedia perkhidmatan dalam talian

Spread the love

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2024 – Cadangan penguatkuasaan pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan dalam talian sedang diperhalusi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang dalam proses melengkapkan kerangka perlesenan tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Jempol di Dewan Rakyat hari ini, cadangan penguatkuasaan pelesenan ini disasarkan kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet (Internet Messaging Services) yang boleh diakses oleh pengguna
dalam Malaysia mengikut kriteria penilaian yang akan ditetapkan.

“Cadangan penguatkuasaan pelesenan yang bersasar ini juga dianggap sepadan (proportionate) memandangkan ketersediaan kandungan mudarat yang tinggi di dalam platform media sosial dan pemesejan internet. Langkah cadangan kawal selia ini adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam talian (online safety) serta menangani kandungan yang bertentangan dengan perundangan negara. Ia juga seiring dengan pendekatan dan perkembangan global semasa dan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan media.

Impak pelaksanaan pelesenan ini akan meningkatkan tahap perlindungan pengguna, terutamanya pengguna perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan permesejan internet daripada terdedah kepada penipuan dalam talian dan kandungan mudarat dalam talian. ” kata Teo.

Tanbah beliau, pengguna juga dapat menikmati perkhidmatan dalam talian dalam ruang lingkup yang selamat (safe environment) dan boleh dipercayai (reliable) daripada pihak penyedia perkhidmatan dalam talian.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

OKUPendidikanUTAMA

UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...

PolitikUTAMA

Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...

PolitikUTAMA

Saifuddin nasihat Keadilan Kedah & Perlis Bertanding Sihat, Jaga Kesatuan Menjelang Pemilihan Parti

Spread the loveSUNGAI PETANI, 17 Mac 2025 – Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Parti...

AMPendidikan

JPPKK BINCANG POTENSI KERJASAMA DENGAN INSTITUSI TVET DI RUSIA

Spread the loveMOSCOW, RUSIA – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)...