BM @ MY LNAIsu SemasaUTAMA

Laporan Skim Pelaburan Elon Musk di Bernama Tv Adalah Palsu, Guna Teknologi AI Sunting Klip Berita

Spread the love

Oleh JomCheck

Dalam kebaikan penggunaan teknologi AI yang semakin meluas, warga masyarakat juga perlu berhati-hati apabila disajikan bahan yang boleh diragui.

Sejak beberapa bulan lalu, tersebar klip video menggunakan laporan berita Bernama TV yang dicantumkan dengan beberapa video lain melibatkan billionair Elon Musk dan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai skim pelaburan yang kononnya untuk membasmi kemiskinan global.

Rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia telah mengeluarkan laporan berkenaan isu ini. Hasil semakan yang dilakukan mendapati:

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Video tular berkenaan telah disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan mengubah laporan berita asal oleh Bernama TV. Video tersebut telah diturunkan oleh Meta atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) pada Januari namun masih boleh ditemui di platform Facebook, dipercayai dimuat naik semula menggunakan akaun lain.

Sumber: https://bit.ly/3x5C6MA

Fakta-fakta penting bagi membuktikan elemen palsu dalam video tular berkenaan adalah:

a. Walaupun video asal telah diturunkan oleh Meta, ia masih tersebar, dipercayai menggunakan akaun lain.
b. Semakan yang menggunakan laman Deepware mendapati audio dan visual pada kedua-dua video berkenaan dikesan menggunakan teknologi ‘deepfake’.
c. Video Elon Musk dan Tun Dr. Mahathir Mohamad diambil daripada rakaman acara berlainan yang langsung tiada kaitan dengan pelaburan saham.
d. Video asal daripada Bernama TV adalah laporan berita yang disampaikan dalam Bahasa Melayu.
e. Format atau ‘house style’ jenis tulisan (font) dan akronim yang digunakan oleh Bernama TV tidak serupa dengan video palsu.
f. Cara pelaburan yang diterangkan pada video dilihat seperti penipuan pelaburan (scam) kerana menjanjikan keuntungan yang tidak masuk akal selain meminta maklumat peribadi secara sembrono melalui laman web yang tidak dipastikan kesahihannya.

Semoga perkongsian pada kali ini membantu anda untuk lebih berhati-hati dengan ancaman ‘scam’ yang menggunakan teknik ini. Rasa ragu-ragu? JomCheck ✅️

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

PolitikUTAMA

Lebih 17,500 pencalonan bukti Demokrasi Parti KEADILAN terus Subur

Spread the loveKUALA LUMPUR, 18 Mac 2025 – Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP)...

Isu SemasaKajian Sosial

Ramadan Bulan Kesabaran, Bukan Kemarahan – Syerleena

Spread the loveKejadian baru-baru ini di Johor Bahru telah mencetuskan rasa kesal...

OKUPendidikanUTAMA

UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...

PolitikUTAMA

Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...