BM @ MY LNAEkonomiUTAMA

FTA : Malaysia dan EU harus hidupkan semula perbincangan

Spread the love

HAMBURG 15 March 2024 – Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) harus menghidupkan semula perbincangan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan integrasi serantau.

Ketika menyampaikan ucaptama semasa menghadiri acara 101st East Asia Friendship Dinner (Ostasiatisches Liebesmahl) di Hamburg City Hall anjuran German Asia-Pacific Business Association (OAV), Anwar berkata Malaysia juga bukan sahaja terbuka menerima perniagaan, malah bersedia untuk bekerjasama dan berinovasi dalam usaha niaga berkualiti tinggi sejajar dengan matlamat negara dan tanggungjawab global.

“Saya turut mengambil peluang bicara soal kerangka Ekonomi MADANI yang mencerminkan komitmen negara untuk memacu Malaysia menjadi ekonomi utama di Asia serta memacu pembangunan yang mampan dan inklusif.

Kerangka ini membayangkan masyarakat yang berkongsi kemakmuran, mendukung integrasi ASEAN yang lebih kukuh dan ekonomi yang kompleks serta membangunkan Malaysia sebagai kuasa utama serantau.” kata Anwar di dalam hantaran di Halaman Facebook rasmi beliau hari ini.

Anwar juga menekankan pendirian berkecuali Malaysia, menjadikan negara ini di kedudukan yang baik untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan dengan blok Timur dan Barat.

Katanya, langkah itu sekali gus mengukuhkan lagi daya tahan Malaysia berdepan dengan cabaran geopolitik yang tidak menentu.

“Saya turut berkongsi terkait sektor tenaga, di mana Sarawak adalah negeri penting yang mengeksport tenaga ke Nusantara, ibu negara baharu Indonesia serta melalui kabel dasar laut ke Singapura dan ke Semenanjung.

Justeru, Malaysia bersedia untuk menyokong peralihan tenaga Jerman menerusi gas asli sebagai bahan api peralihan, sekali gus mengimbangi keperluan segera keterjaminan tenaga Jerman dengan matlamat kemampanan jangka panjang.

Saya percaya kerjasama antara Malaysia dan Jerman mampu memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak termasuk rakyat keseluruhannya.” ujar Anwar.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

PolitikUTAMA

Lebih 17,500 pencalonan bukti Demokrasi Parti KEADILAN terus Subur

Spread the loveKUALA LUMPUR, 18 Mac 2025 – Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP)...

OKUPendidikanUTAMA

UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...

PolitikUTAMA

Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...

PolitikUTAMA

Saifuddin nasihat Keadilan Kedah & Perlis Bertanding Sihat, Jaga Kesatuan Menjelang Pemilihan Parti

Spread the loveSUNGAI PETANI, 17 Mac 2025 – Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Parti...