BM @ MY LNAIsu SemasaParlimenPelanconganUTAMA

Menteri MOTAC jawab isu pelantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia

Spread the love

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing menjelaskan isu pelantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia ketika membuat ucapan penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih ke atas Titah DiRaja di Parlimen semalam.

Menurut King Sing, pelantikan ahliahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia, pelantikan telah dibuat di bawah Seksyen 5, Akta 481.

“Saya ada berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai jawatan terbuka (open post) bagi perjawatan Pejabat Tourism Malaysia di luar negara untuk melantik warga Malaysia di luar negara yang layak untuk mengisi jawatan tersebut.

Ini adalah salah satu usaha mentransformasi Tourism Malaysia demi mengurangkan kos logistik dan operasi di negara yang kurang membawa hasil kepada pendapatan pelancongan Malaysia.” katanya.

King Sing memberi contoh cadangan pelantikan pegawai di Pejabat Tourism Malaysia, New Zealand, di mana ibu bapa calon yang berminat telah berjumpa dengan beliau di Sarawak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

“Saya telah memaklumkan supaya calon memohon pada Tourism Malaysia serta menyuruh mantan Ketua Pengarah Tourism Malaysia (KP TM) dan KSU MOTAC untuk membuat sesi temuduga bagi menilai kesesuaian calon ini. Seorang calon mestilah memenuhi syarat kelayakan, kerana ia merupakan keutamaan kami dalam proses pemilihan.

Hanya yang memenuhi syarat sahaja yang akan dipertimbangkan untuk pelantikan.” jelas King Sing.

Beliau turut menegaskan bahawa pelantikan tersebut tiada kaitan keluarga dan saudara mara beliau.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

Isu SemasaUTAMA

Isu tular kewarganegaraan pendatang Cina adalah fitnah

Spread the lovePUTRAJAYA, 14 Mac 2025 – Menteri Dalam Negeri Datuk Saifuddin...

AMPelanconganUTAMA

TOURISM MALAYSIA LANCAR PAKEJ PELANCONGANWELLNESS MERANGKUMI PENGALAMAN HOLISTIK DAN DESTINASI INDAH

Spread the loveKUALA LUMPUR, 14 MAC 2025 – Tourism Malaysia hari ini...

AMUTAMA

KERAJAAN DAN FOODPANDA JALIN KERJASAMA PERLUAS PERLINDUNGAN SOSIAL PEKERJA GIG

Spread the loveKuala Lumpur, 13 Mac 2025 – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)...

AMPelancongan

TOURISM MALAYSIA PERKUKUH LIBAT URUS  INDUSTRI PELANCONGAN MENUJU TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Spread the lovePORT DICKSON, 13 Mac 2025 – Tourism Malaysia meneruskan usaha...