BM @ MY LNAIsu SemasaUTAMA

Mesej dakwa Starbucks dan Coffee Bean ‘Haram’ adalah isu berulang

Spread the love

Oleh : JomCheck

Tular semula di aplikasi WhatsApp dengan label ‘forwarded many times’ satu mesej yang mendakwa kedai kopi Starbucks dan The Coffee Bean & Tea Leaf (biasa disebut Coffee Bean) telah disahkan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Disertakan bersama mesej tersebut adalah beberapa kod bahan yang tidak halal sebagai pembuktian beserta talian JAKIM untuk rujukan.

Hantaran ini juga telah memetik nama seorang tokoh agamawan, Ustaz Datuk Dr. Zahazan Mohamed yang kononnya menyeru agar pesanan berkenaan dipanjangkan.

Pakatan semakan fakta yang bersama JOMCHECK iaitu Cilisos.my, MalaysiaKini dan MyCheck telah mengeluarkan laporan tentang isu ini dan mendapati bahawa ia tidak tepat.

STATUS: TIDAK BENAR

PENJELASAN: Isu ini bermula pada tahun 2009 dan sering berulang semula walaupun telah disangkal faktanya berkali-kali.

Sumber: Cilisos.my: https://cilisos.my/we-called-jakim-to-check-whether-starbucks-is-halal/

MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/696966

MyCheck: http://www.mycheck.my/more.php?id=2155158

AFP Semakan Fakta: https://semakanfakta.afp.com/doc.afp.com.33868BH

Perkara yang perlu diberi perhatian daripada sumber di atas adalah:

a. Laporan portal Cilisos pada 20 Feb 2024 menyatakan pihak mereka telah membuat pengesahan melalui telefon dengan pihak JAKIM yang mejelaskan bahawa mesej tular berkenaan adalah palsu serta mengakui bahawa ini bukanlah kali pertama mereka menepis kebenaran hantaran tersebut.

b. JAKIM mengesahkan kedua-dua syarikat berkenaan merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

c. Mesej yang bermula pada tahun 2009 dan tersebar beberapa kali itu pada asalnya tanpa memetik nama Dr. Zahazan. Nama beliau kemudiannya dimasukkan dalam tuduhan itu dalam versi baharu tuduhan bermula 2014.

d. Dr. Zahazan Mohamed juga telah menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan mesej tular itu pada tahun 2014 dan 2019.

e. Pada 2019 Dr. Zahazan juga pernah dikaitkan dengan tuduhan haram minuman jenama Tealive. Beliau telah menafikan mengeluarkan kenyataan itu melalui akaun Facebook beliau pada 2019.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

Isu SemasaUTAMA

Isu tular kewarganegaraan pendatang Cina adalah fitnah

Spread the lovePUTRAJAYA, 14 Mac 2025 – Menteri Dalam Negeri Datuk Saifuddin...

AMPelanconganUTAMA

TOURISM MALAYSIA LANCAR PAKEJ PELANCONGANWELLNESS MERANGKUMI PENGALAMAN HOLISTIK DAN DESTINASI INDAH

Spread the loveKUALA LUMPUR, 14 MAC 2025 – Tourism Malaysia hari ini...

AMUTAMA

KERAJAAN DAN FOODPANDA JALIN KERJASAMA PERLUAS PERLINDUNGAN SOSIAL PEKERJA GIG

Spread the loveKuala Lumpur, 13 Mac 2025 – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)...

Isu SemasaKewanganUTAMA

Suntikan modal bagi selesaikan bayaran hutang kepada 2000 PKS

Spread the lovePUTRAJAYA  13 Mac 2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...