BM @ MY LNAIsu SemasaLuar Negara

Ketua PBB seru semua pihak hentikan konflik susulan pembunuhan Timbalan Ketua Hamas di Lubnan

Spread the love

WASHINGTON, 3 Januari 2024 (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menyeru semua pihak menghentikan sebarang tindakan yang akan meningkatkan konflik ekoran pembunuhan timbalan ketua kumpulan Hamas, Saleh Arouri di Lubnan, lapor Agensi Anadolu.

“Setiausaha Agung menggesa semua pihak menghentikan sebarang tindakan dan mengambil langkah segera meredakan ketegangan di rantau itu,” kata jurucakap PBB, Florencia Soto Nino pada sidang media.

PBB merayu kepada semua anggota masyarakat antarabangsa untuk melakukan segala yang terdaya bagi mencegah peningkatan konflik, kata Nino.

“Kami tidak mahu sebarang tindakan terburu-buru yang boleh mencetuskan keganasan selanjutnya,” kata beliau.

Arouri dilaporkan terbunuh dalam serangan dron Israel ke atas pejabat Hamas di Mecherfeh, selatan Beirut.

Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan itu.

Kumpulan Palestin itu mengesahkan Arouri dan dua komander sayap Briged Qassam maut dalam serangan terbabit.

Arouri perupakan pemimpin tertinggi Hamas yang dibunuh Israel sejak tercetusnya konflik 7 Okt lepas di Gaza.

Sekurang-kurangnya 22,185 rakyat Palestin telah terbunuh dan 57,035 cedera setakat ini, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

— BERNAMA-ANADOLU

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

Isu SemasaKajian Sosial

Ramadan Bulan Kesabaran, Bukan Kemarahan – Syerleena

Spread the loveKejadian baru-baru ini di Johor Bahru telah mencetuskan rasa kesal...

Isu SemasaUTAMA

Isu tular kewarganegaraan pendatang Cina adalah fitnah

Spread the lovePUTRAJAYA, 14 Mac 2025 – Menteri Dalam Negeri Datuk Saifuddin...

Isu SemasaKewanganUTAMA

Suntikan modal bagi selesaikan bayaran hutang kepada 2000 PKS

Spread the lovePUTRAJAYA  13 Mac 2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

AMIsu SemasaUTAMA

Saifuddin ulas isu MyKad Palsu, 3R

Spread the loveKEDAH, 8 Mac 2025 – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri...