BM @ MY LNAIsu SemasaUTAMA

Operasi Mini Dhaka : Tiada Kompromi Terhadap Pegawai, Anggota Polis Terlibat Jenayah

Spread the love

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) — Tiada kompromi terhadap tiga anggota polis yang ditahan kerana disyaki mencuri sejumlah wang semasa operasi bersepadu di Jalan Silang, baru-baru ini, sekiranya didapati bersalah, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata sepertimana ditegaskan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini, isu sedemikian tidak timbul, malah pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau anggota yang dituduh, sekiranya mereka didapati bersalah.

“Kami akan menjalankan siasatan. Siasatan kes itu adalah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam bangunan) dan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan dilengkapkan,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Tiga anggota polis itu dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan dan direman pada 23 Dis lalu selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000 daripada sebuah premis perniagaan semasa menjalankan operasi bersepadu “mini Dhaka” itu, Khamis lepas.

Ayob Khan berkata pada 2022 beberapa pegawai kanan polis berpangkat Supt, DSP, ASP dan Insp juga pernah ditahan dalam operasi melibatkan dadah.

Tegasnya, salah laku pegawai atau anggota polis tidak sama sekali melemahkan mahupun mengundurkan operasi berkaitan penempatan warga asing untuk dijalankan seperti biasa.

“Insya-Allah, kami akan teruskan lagi dan tidak ada alasan untuk kami hentikan operasi melibatkan warga asing,” katanya.

Ayob Khan berkata ketiga-tiga anggota PGA yang ditahan kini disambung reman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi Bernama berkata tempoh reman ketiga-tiga anggota berkenaan yang sepatutnya tamat hari ini, disambung sehingga Jumaat ini.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

Isu SemasaKajian Sosial

Ramadan Bulan Kesabaran, Bukan Kemarahan – Syerleena

Spread the loveKejadian baru-baru ini di Johor Bahru telah mencetuskan rasa kesal...

OKUPendidikanUTAMA

UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...

PolitikUTAMA

Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...

PolitikUTAMA

Saifuddin nasihat Keadilan Kedah & Perlis Bertanding Sihat, Jaga Kesatuan Menjelang Pemilihan Parti

Spread the loveSUNGAI PETANI, 17 Mac 2025 – Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Parti...