BM @ MY LNAIsu SemasaUTAMA

Tingkatkan Pencegahan Penularan COVID-19 tanpa menakutkan pelancong – Tiong King Sing

Spread the love

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) supaya lebih berhati-hati apabila memberi maklumat mengenai COVID-19 agar ianya 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐦𝐛𝐮𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐬𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢.

Katanya dalam satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau, tidak dinafikan bahawa COVID-19 merupakan isu kesihatan awam yang penting dan tidak boleh ‘disorok bawah karpet’. Namun, menurutnya adalah penting tidak bertindak secara berlebih-lebihan sehingga menyebabkan keadaaan bertambah buruk.

“Penting untuk kita mengelakkan daripada menimbulkan ketakutan dan mewujudkan persepsi negatif terhadap Malaysia, terutamanya sektor pelancongan sekaligus merugikan ekonomi negara.

Saya membuat rayuan ini berdasarkan kepada kebimbangan serta aduan yang dinyatakan oleh kedua-dua industri pelancongan dan orang ramai. Kita perlu mengambil pendekatan realistik, dengan mengambil kira perbezaan situasi semasa dengan situasi yang pernah berlaku sebelum ini ketika wabak mula menular. 𝐀𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐞𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐩𝐚𝐧𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮, 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐩𝐨𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐡𝐚𝐫𝐢, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐰𝐚𝐣𝐚𝐫.

Lihat bagaimana negara-negara lain mengendalikan wabak itu dan perhatikan pendekatan berhati-hati yang mereka ambil. Benar, 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐤𝐞 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐩 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐩𝐚𝐧𝐢𝐤.” uhar Ahli Parlimen Bintulu itu.

Tambahnya, beliau memahami perhatian serius Menteri Kesihatan, Dr. Seri Dr. Dzulkefly Ahmad terhadap perkembangan terkini dalam wabak itu tetapi beliau berharap dapat mempertimbangkan kesannya terhadap ekonomi negara termasuk dikhuatiri menjejaskan kemasukan pelancong ke Malaysia.

“𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮.

Menurut pemerhatian pakar, varian coronavirus JN.1 yang banyak diperkatakan boleh mengelak sistem imun dan lebih mudah berjangkit daripada strain lain, tetapi ia tidak mungkin menyebabkan gejala yang lebih teruk. Pada masa ini, ia tidak meningkatkan beban sistem kesihatan awam di seluruh dunia.

Contohnya, pengumuman mengenai situasi dalam negara oleh Menteri Kesihatan kita hampir sama dengan kenyataan oleh Menteri Kesihatan Indonesia. Bagaimanapun, Menteri Indonesia menegaskan bahawa situasi untuk musim perayaan Krismas dan Tahun Baharu akan datang tidak terlalu membimbangkan, berbeza dengan pengumuman di Malaysia yang dilihat mencetuskan rasa resah orang ramai.” kata Tiong King Sing.

Katanya, perbandingan kenyataan menteri kesihatan kedua-dua negara dengan mudah menimbulkan tanggapan seolah-olah Malaysia jauh lebih berbahaya daripada Indonesia. Ini boleh menyebabkan pelancong mengelak daripada mengunjungi Malaysia dan memilih negara jiran Indonesia, seterusnya menyebabkan kerugian ekonomi kepada Malaysia.

“𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐝𝐮𝐚𝐥 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐛𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.😔

Tetapi sebenarnya, banyak tempat di seluruh dunia telah terjejas oleh gelombang terbaharu pandemik ini dengan lonjakan kes yang sepadan. Oleh itu, tidak perlu bertindak keterlaluan dan mengelirukan orang ramai bahawa wabak di Malaysia amat serius. 𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐊𝐚𝐛𝐢𝐧𝐞𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠, 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐛𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐣𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧.

Saya perlu mengingatkan bahawa setiap langkah dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 mesti dibincangkan secara menyeluruh mengenai kesannya dengan penyelidikan dan kajian yang sewajarnya serta mengelakkan tindakan tergesa-gesa tanpa pertimbangan yang matang, yang boleh menjejaskan pihak berkepentingan dan dieksploitasi oleh individu oportunis, sekaligus merugikan ekonomi negara kita. ” ujar Tiong King Sing.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

PolitikUTAMA

Lebih 17,500 pencalonan bukti Demokrasi Parti KEADILAN terus Subur

Spread the loveKUALA LUMPUR, 18 Mac 2025 – Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP)...

Isu SemasaKajian Sosial

Ramadan Bulan Kesabaran, Bukan Kemarahan – Syerleena

Spread the loveKejadian baru-baru ini di Johor Bahru telah mencetuskan rasa kesal...

OKUPendidikanUTAMA

UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...

PolitikUTAMA

Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...