Alam SekitarBM @ MY LNAUTAMA

Dua Projek RTB Bernilai RM725.7 juta dijangka selesai Isu Banjir Pekan Dengkil hingga Labohan Dagang

Spread the love

Sebanyak RM725.7 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi melaksanakan dua projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dipercayai dapat menyelesaikan isu banjir di kawasan Pekan Dengkil sehingga ke Labohan Dagang.

Menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), dianggarkan seramai 120,000 penduduk di kawasan tersebut dapat dilindungi dari impak bencana banjir dengan pelaksanaan Projek RTB Sg Langat Fasa 1 dan Projek RTB Sg Langat Fasa 2.

“Kedua projek ini merupakan rancangan jangka panjang NRECC menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Pada masa ini, Projek RTB Sg Langat Fasa 1 sedang di dalam proses pengambilan tanah dan dijangka siap pada 2027. Projek RTB Sg Langat Fasa 2 pula dijangka bermula pada Januari 2024 dan siap sepenuhnya menjelang 2030. Ia merupakan projek di bawah Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT).

Bagi tindakan jangka pendek pula, kekerapan penyelenggaraan sistem saliran di kawasan tersebut telah ditingkatkan oleh pihak berkaitan.” kata NRECC menerusi satu siaran media yang diedarkan semalam.

JPS berharap semua kelulusan pembangunan yang melibatkan komponen Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pemaju. Ini kerana kejadian banjir yang berlaku di Jalan Utama Taman Warisan Suria dan Persimpangan FT29/ FT32 sejak 5 November 2023 lalu adalah berpunca daripada jumlah air kelodak dari kawasan pembangunan di upstream yang banyak, menyebabkan berlaku limpahan dari Sungai Kelinsing.

“Susulan kejadian banjir tersebut, Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad telah membuat lawatan kerja ke kawasan terkesan di sekitar Sungai Langat di Mukim Dengkil, Daerah Sepang.

Kawasan yang terlibat termasuk Kg Sungai Buah, Kg Jenderam Hilir, Kg Cemperai, Kg Seri Tanjung, Taman Delima, Kg Orang Asli Sg Melut, Persimpangan FT29/ FT32 dan juga kuarters Penternakan Ayamas Sdn Bhd di Jalan Utama Taman Warisan Suria.” kata NRECC.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

Isu SemasaUTAMA

Isu tular kewarganegaraan pendatang Cina adalah fitnah

Spread the lovePUTRAJAYA, 14 Mac 2025 – Menteri Dalam Negeri Datuk Saifuddin...

AMPelanconganUTAMA

TOURISM MALAYSIA LANCAR PAKEJ PELANCONGANWELLNESS MERANGKUMI PENGALAMAN HOLISTIK DAN DESTINASI INDAH

Spread the loveKUALA LUMPUR, 14 MAC 2025 – Tourism Malaysia hari ini...

AMUTAMA

KERAJAAN DAN FOODPANDA JALIN KERJASAMA PERLUAS PERLINDUNGAN SOSIAL PEKERJA GIG

Spread the loveKuala Lumpur, 13 Mac 2025 – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)...

Isu SemasaKewanganUTAMA

Suntikan modal bagi selesaikan bayaran hutang kepada 2000 PKS

Spread the lovePUTRAJAYA  13 Mac 2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...