BM @ MY LNASekuriti MakananUTAMA

Program pelepasan benih ikan serentak seluruh Malaysia cipta rekod baharu, DOF terima sijil Malaysia Book Of Records

Spread the love

PUTRAJAYA 13 Oktober 2023 – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menerima sijil dari Malaysia Book Of Records (MBOR) bagi “Largest Simultaneous Fish Fry Restocking Event” susulan dari program pelepasan sebanyak 1.1 juta benih ikan asli serentak seluruh Malaysia yang diadakan di 14 lokasi terpilih.

Menurut DOF dalam satu siaran media hari ini, program pelepasan benih ikan ke perairan umum dijalankan sebagai salah satu usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan )KPKM) melalui DOF untuk menguruskan sumber perikanan darat di Malaysia.

Kata DOF, program tersebut juga dapat menambah stok perikanan seterusnya meningkatkan populasi dan memulihara kepelbagaian biodiversiti. Benih ikan yang dilepaskan adalah Kelah, Lampam Sungai, Temoleh, Terbul dan Udang galah.

Program tersebut adalah kerjasama antara DOF, Perbadanan Putrajaya, Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan Pertanian
Sarawak dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali di Tepian Tasik Putrajaya. Antara pengisian program ialah Pameran oleh Sektor Perikanan Darat seperti pameran peralatan yang dilarang, spesis ikan asli dan asing, pertunjukan demonstrasi masakan Pai Tee Latok dan uji rasa menu berasaskan perikanan.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Dato’ Adnan Hussain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Encik Abdullah Hasan, Naib Presiden Perancangan Bandar Perbadanan
Putrajaya Encik Shamsul Bahrin Rahmat serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawahnya.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

OKUPendidikanUTAMA

UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...

PolitikUTAMA

Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...

PolitikUTAMA

Saifuddin nasihat Keadilan Kedah & Perlis Bertanding Sihat, Jaga Kesatuan Menjelang Pemilihan Parti

Spread the loveSUNGAI PETANI, 17 Mac 2025 – Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Parti...

EkonomiKewanganPendapatUTAMA

Berkesankah STR atasi kemiskinan di Malaysia?

Spread the loveOleh: Cheah Chan Fatt Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah...