BM @ MY LNAParlimenPertanianSekuriti MakananUTAMA

KPKM akif aksanakan program pembangunan sektor agromakanan di Sarawak

Spread the love

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2023 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus aktif melaksanakan program pembangunan dalam sektor agromakanan bagi membantu petani, penternak serta pesawah terutamanya di kawasan pedalaman negeri Sarawak.

Menurut Menterinya Datuk Seri Haji Mohamad Sabu ketika menjawab soalan lisan dari Dato Henry Sum Agong [Lawas] di Parlimen hari ini, i bawah Rolling Plan Ketiga (RP3), RMKe-12, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM21.5 juta bagi pelaksanaan pelbagai program pertanian di negeri Sarawak di mana ia melibatkan seramai lebih dari 1,000 orang petani yang menerima manfaat hasil pelaksanaan program-program tersebut.

Di antara projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

  • Program Pembangunan Industri Buah-Buahan di pelbagai Daerah di Sarawak, antaranya Bau, Lundu, Samarahan, Serian, Siburan, Saratok, Sibu, Selangau, Daro, Subis, dan Lawas;
  • Program Pembangunan Tanaman Sayuran dan Kontan di pelbagai Daerah di Sarawak, antaranya di Samarahan, Asajaya, Simunjan, Gedong, Sri Aman, Pantu, Sarikei, Kapit, Limbang, dan Lawas;
  • Program Pembangunan Industri Kelapa di Pelbagai Daerah di Sarawak, iaitu Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian, Saratok, Sarikei, Sibu, Selangau, Kanowit, Bintulu, Miri, dan Marudi;
  • Program Pembangunan Industri Kopi di Pelbagai Daerah di Sarawak, iaitu Bau, Pantu, Saratok, dan Meradong;
  • Program Pembangunan Zon Industri Akuakultur di Lubok Antu (ZIA Batang Ai) dan Lawas (ZIA Sundar Awat-Awat);
  • Pembangunan Infrastruktur Ladang di Selangau dan Kanowit, Sarawak; dan
  • Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Kuching (TKPM Rampangi), Bau (TKPM Pejiru), Padawan (TKPM Semonggok), Mukah (TKPM Penipah), Sibuti (TKPM Kabuloh), dan Limbang (TKPM Kubong).

Manakala bagi pesawah, sebanyak dua (2) projek pembangunan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM3.0 juta serta memberi manfaat kepada lebih dari 19,000 orang pesawah seperti berikut:

  • Projek Pembangunan Padi di Tanjung Purun, Lundu; dan
  • Pembangunan Industri Padi dan Beras di Serian, Sri Aman, dan Bario.

Bagi industri ternakan, sebanyak empat (4) projek dilaksanakan di negeri Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM12 juta ini telah memberi kepada 1,345 orang penternak. Senarai projek adalah seperti berikut:

  • Pembangunan Industri Ternakan Lembu di Sarawak;
  • Pembangunan Industri Ternakan Kambing di Sarawak;
  • Pembangunan Industri Ternakan Kerbau di Sarawak; dan
  • Pembangunan Stesen Ternakan Kerbau, Maragang, Lawas.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

OKUPendidikanUTAMA

UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...

PolitikUTAMA

Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...

PolitikUTAMA

Saifuddin nasihat Keadilan Kedah & Perlis Bertanding Sihat, Jaga Kesatuan Menjelang Pemilihan Parti

Spread the loveSUNGAI PETANI, 17 Mac 2025 – Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Parti...

EkonomiKewanganPendapatUTAMA

Berkesankah STR atasi kemiskinan di Malaysia?

Spread the loveOleh: Cheah Chan Fatt Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah...