BM @ MY LNAPolitikUTAMA

Calon MB – BN Kedah Serah Kepada Pucuk Pimpinan Tertinggi

Spread the love

ALOR SETAR, 17 Julai – Barisan Nasional (BN) Kedah menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi parti dalam menentukan siapa calon Menteri Besar yang akan dipilih jika Kerajaan Perpaduan menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu tertakluk kepada keputusan pucuk pimpinan dan pihaknya bersedia menerima sesiapa sahaja yang diputuskan kelak.

“Kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan soal Menteri Besar, sekiranya BN-PH jadi kerajaan di Kedah, sebab itu keputusan pucuk pimpinan.

Biarpun UMNO negeri boleh berikan cadangan calon Menteri Besar, tetapi keputusan muktamad diputuskan oleh pimpinan tertinggi.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini hari ini.

Jelas Mahdzir, kepimpinan parti di peringkat negeri sekadar boleh memberikan cadangan calon Menteri Besar kepada UMNO Pusat untuk dirundingkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO akan memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang dipilih oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Kedah, sama ada dari BN atau PH sekiranya Kerajaan Perpaduan menang dalam PRN nanti.

Ketika berucap sempena Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Guar Chempedak, beliau tegaskan, apa yang lebih penting ketika ini adalah keserasian antara gabungan tersebut.

Ditanya mengenai kemungkinan Kedah akan ditadbir oleh Menteri Besar dari BN sekiranya dapat menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Mahdzir optimis dan berharap ia menjadi kenyataan.

“Alhamdulillah, kalau (dakwaan itu) betul. Namun kita harus serah kepada pucuk pimpinan untuk putuskan,” jelasnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada BN akan mengitar semula calon Menteri Besar seperti yang berlaku pada era pemerintahan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilantik menerajui Kedah sebanyak dua kali.

Mengulas sama ada calon Menteri Besar akan dipilih daripada parti yang memenangi paling banyak kerusi PRN, Mahdzir berkata, ia bukan syarat wajib dalam pemilihan Menteri Besar.

“Terserahlah kepada pucuk pimpinan, ada negeri yang tak sampai (menang lebih banyak kerusi) pun jadi juga Menteri Besar,” katanya.

Lagi Berita Politik :

    Leave a comment

    Tinggalkan Balasan

    Related Articles

    OKUPendidikanUTAMA

    UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

    Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...

    PolitikUTAMA

    Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

    Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...

    PolitikUTAMA

    Saifuddin nasihat Keadilan Kedah & Perlis Bertanding Sihat, Jaga Kesatuan Menjelang Pemilihan Parti

    Spread the loveSUNGAI PETANI, 17 Mac 2025 – Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Parti...

    Politik

    Tempoh Jawatan PM 2 penggal: PN sebar ketakutan tidak berasas, kata Naib Pengerusi DAP Johor

    Spread the loveJOHOR BAHRU, 17 Mac 2025 – Naib Pengerusi DAP Johor,...