BM @ MY LNAEkonomiPenggunaSekuriti MakananUTAMA

KFC dan Pizza Hut tawarkan Menu Rahmah

Spread the love

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub telah menghadiri dan merasmikan Pelancaran Menu RAHMAH KFC dan Pizza Hut di Restoran KFC dan Pizza Hut, Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur hari ini.

Salahuddin berkata dalam satu kenyataan hari ini, rangkaian restoran di bawah Syarikat QSR Brands iaitu restoran KFC dan Pizza Hut restoran yang merupakan restoran kegemaran keluarga Malaysia MADANI melancarkan Menu RAHMAH dengan kualiti premium pada harga RM5.00 sahaja.

“Menu RAHMAH ini ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu Menu RAHMAH KFC Meal (Seketul Ayam, Roti Butterscotch berserta Air Mineral) dan Menu RAHMAH Pizza Hut Meal (Personal Piza berserta Air Mineral) dengan harga RM 5.00 bagi satu set menu. Hidangan tersebut boleh dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu RAHMAH KFC Meal) manakala Pizza Hut (PHX) RSA Pagoh dan Genting Highlands (bagi Menu RAHMAH Pizza Hut Meal).

Menu RAHMAH adalah Inisiatif terbaru Kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5.00 dan ke bawah. Menu RAHMAH adalah Private Driven Initiative atau inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela. Inisiatif ini akan membantu rakyat Malaysia MADANI yang terkesan dengan kos sara hidup terutama melibatkan kenaikkan harga makanan siap di masak.” kata Salahuddin.

Tambah beliau, KPDN juga telah mewujudkan satu portal bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu RAHMAH yang berdekatan dan peniaga juga boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari
https://menurahmah.kpdn.gov.my.

“KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri restoran dan makanan supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat.” ujarnya.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

OKUPendidikanUTAMA

UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...

PolitikUTAMA

Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...

PolitikUTAMA

Saifuddin nasihat Keadilan Kedah & Perlis Bertanding Sihat, Jaga Kesatuan Menjelang Pemilihan Parti

Spread the loveSUNGAI PETANI, 17 Mac 2025 – Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Parti...

EkonomiKewanganPendapatUTAMA

Berkesankah STR atasi kemiskinan di Malaysia?

Spread the loveOleh: Cheah Chan Fatt Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah...