AMBM @ MY LNASukanUTAMA

KBS Wajibkan Pengiring Untuk Atlet Para Negara Ke Kejohanan Antarabangsa

Spread the love

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2023 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua atlet Para negara ditemani pegawai pengiring untuk semua penyertaan pertandingan di peringkat antarabangsa, berkuatkuasa dengan serta merta.

Ketetapan itu, yang bakal diselaraskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) bersama-sama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), bertujuan memastikan keselamatan dan segala keperluan atlet Para negara dijaga sepanjang masa demi memastikan fokus serta tumpuan mereka tidak terjejas.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di sidang media di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan, Kuala Lumpur. Foto oleh FADLISHAM FADZIL

“Saya telah mengarahkan MSN menyelaraskan keperluan tersebut supaya atlet-atlet Para kita akan dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada mempamerkan prestasi terbaik mereka di setiap kejohanan atau pertandingan peringkat antarabangsa yang mereka sertai,” kata Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh.

Jumlah pegawai pengiring untuk atlet-atlet Para negara itu tertakluk kepada kuota penyertaan seperti yang ditetapkan oleh penganjur dengan MSN dan MPM akan memastikan pegawai berpengetahuan dalam sesuatu sukan spesifik diberi tanggungjawab berkenaan.

Keputusan itu selaras dengan Klausa 12.4 berkaitan Tadbir Urus, Peranan dan Tanggungjawab Petugas Sokongan Atlet dalam Kod Klasifikasi Atlet Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Klausa berkenaan menjelaskan bahawa Petugas Sokongan Atlet boleh dilantik daripada kalangan jurulatih, petugas perubatan, ibu bapa ataupun mana-mana individu yang membantu atlet dalam perjalanan kerjaya mereka sebagai ahli sukan dan mestilah berpengalaman serta mematuhi semua garis panduan dan peraturan yang digariskan dalam Kod Klasifikasi IPC berkenaan.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

PolitikUTAMA

Lebih 17,500 pencalonan bukti Demokrasi Parti KEADILAN terus Subur

Spread the loveKUALA LUMPUR, 18 Mac 2025 – Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP)...

AMKewanganKhidmat Sosial Korporat

Mohd Iskandar Dzulkarnain dilantik Pengarah Urusan AmanahRaya REIT Baharu

Spread the loveKuala Lumpur, 17 Mac 2025 – AmanahRaya Real Estate Investment...

OKUPendidikanUTAMA

UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...

PolitikUTAMA

Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...