AMBM @ MY LNAParlimenPolitik

Ismail Sabri terharu dengan titah YDPA

Spread the love

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berasa terharu dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin  Al-Mustafa Billah Shah pada pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini yang memberi titah penghargaan kepada kerja keras sebelum ini, hingga Malaysia muncul menjadi yang terbaik di Asia Tenggara kini.

Kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini, kejayaan yang dicapai tidak datang dengan mudah seperti yang dibayangkan.

“Ia adalah berkat kerja keras, muafakat dan keyakinan setiap jabatan dan institusi, serta ketekunan setiap Keluarga Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini sejak bangkit dengan gah-nya dari pandemik COVID-19.

Saya terharu dengan titah Tuanku pada pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini yang memberi titah penghargaan kepada kerja keras sebelum ini, hingga negara kita muncul menjadi yang terbaik di Asia Tenggara kini.

Negara yang bernaung dibawah kebijaksanaan Tuanku ini akan terus menapak gagah di tangga-tangga kejayaan andai dipimpin oleh tangan yang cintakan kejayaan, serta memelihara perlembagaan dengan penuh ketekunan dan juga integriti.

Daulat Tuanku, Patik sentiasa doakan rahmat dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada Payung Rakyat yang menjadi kebanggaan Keluarga Malaysia, dulu kini dan selamanya.” ujarnya.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

AMKewanganKhidmat Sosial Korporat

Mohd Iskandar Dzulkarnain dilantik Pengarah Urusan AmanahRaya REIT Baharu

Spread the loveKuala Lumpur, 17 Mac 2025 – AmanahRaya Real Estate Investment...

PolitikUTAMA

Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...

PolitikUTAMA

Saifuddin nasihat Keadilan Kedah & Perlis Bertanding Sihat, Jaga Kesatuan Menjelang Pemilihan Parti

Spread the loveSUNGAI PETANI, 17 Mac 2025 – Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Parti...

Politik

Tempoh Jawatan PM 2 penggal: PN sebar ketakutan tidak berasas, kata Naib Pengerusi DAP Johor

Spread the loveJOHOR BAHRU, 17 Mac 2025 – Naib Pengerusi DAP Johor,...