BizBM @ MY LNA

AGROBANK Lancar Kempen CNY Huat Ah Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Spread the love

KOTA KINABALU, SABAH – Sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang, Agrobank telah melancarkan Kempen CNY Huat Ah yang disempurnakan oleh YB Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang bertujuan untuk memupuk pengurusan kewangan yang baik menerusi perkhidmatan penyimpanan di Agrobank.

Kempen Huat Ah ini mengetengahkan dua mini kempen* iaitu (i) Kempen Menang Angpau RM888 – Deposit Bonanza dan (ii) Kempen Extravaganza FRIA-i yang merupakan antara inisiatif Agrobank untuk memupuk budaya bijak berbelanja.

Bagi menggalakkan amalan menyimpan, pelanggan boleh menjana keuntungan menerusi simpanan berjangka dengan kadar keuntungan yang kompetatif iaitu 4.25% bagi tempoh dua belas bulan menerusi Kempen Extravaganza FRIA-i dan akaun simpanan melalui Kempen Menang Angpau RM888 – Deposit Bonanza.

Menurut Datuk Yunos Abd Ghani, Pengerusi Agrobank, “Agrobank sentiasa memberikan galakan dan bimbingan kepada pelanggan dan pemegang taruh khususnya dalam menguruskan kewangan kerana pengurusan kewangan yang baik dapat membantu dalam menjana pendapatan dan memantau aliran tunai perniagaan.”

“Huat bermaksud ‘kemakmuran’ Agrobank percaya bahawa pelanggan mempunyai keazaman untuk mempunyai kemakmuran dalam kewangan dan ‘kebebasan kewangan’ (financial freedom) bagi menjamin masa hadapan yang lebih baik. Menyedari tentang pentingnya usaha ini, Agrobank memperkenalkan Kempen Huat Ah khusus untuk menggalakkan pelanggan untuk menyimpan menerusi simpanan berjangka di Agrobank,” kata beliau.

Bercakap mengenai Kempen Huat Ah, YB Chan Foong Hin berkata, “Perkhidmatan Agrobank tidak hanya terhad kepada pembiayaan bagi memacu sektor agromakanan, ia juga meliputi pelbagai produk konsumer yang lain seperti simpanan berjangka, takaful, pengurusan wasiat dan lain-lain. Golongan B40 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan antara yang mudah terkesan dengan sebarang impak oleh ketidaktentuan ekonomi, oleh itu, inisiatif Agrobank menerusi Kempen Huat Ah ini adalah bertepatan bagi memupuk budaya menyimpan dalam kalangan masyarakat kita.”

Terdahulu, Agrobank telah menganjurkan program ’Huat Ah Shopping Spree’, sebuah inisiatif julung kalinya diadakan di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan untuk meringankan beban pelajar-pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daripada latar belakang keluarga B40 di sekitar Kota Kinabalu menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Turut hadir pada majlis pelancaran Kempen Huat Ah ini adalah Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank dan Tuan Abszra Davadason Peter, Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Dasar), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Huat Ah, sila layari laman sesawang Agrobank di www.agrobank.com.my atau hubungi pusat perkhidmatan pelanggan di 1-300-88-2476 atau terus berkunjung ke cawangan terdekat Agrobank.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

BizDuniaGlobe Newswire

Prodezi memulakan pembinaan taman eko-industri yang pertama di Long An

Spread the loveLONG AN, Vietnam, March 14, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Prodezi...

BizDuniaGlobe NewswireUTAMA

Falcon Menambahkan Jet Peribadi Embraer dan Bombardier ke dalam Armadanya

Spread the loveDUBAI, Emiriah Arab Bersatu, March 11, 2025 – Falcon mengumumkan...

Biz

KOSONG KOSONG DENGAN DOUBLEMINT – NAFAS SEGAR, PERMULAAN SEGAR  

Spread the loveBawakan kesegaran dalam menyambut Ramadan dan Raya, Doublemint memeriahkan bazar...

AMBiz

XOX BERHAD LANTIK DATUK KENNETH VUN SEBAGAI PENGARAH URUSAN

Spread the loveKuala Lumpur, 28 Februari 2025 – XOX Berhad dengan bangganya...