AMBM @ MY LNAUTAMA

MISI BANTUAN BANJIR #KITAKAWAN

Spread the love

Merujuk kepada situasi banjir yang semakin membimbangkan hari ini, di mana laporan rasmi mencatatkan jumlah mangsa terlibat di Terengganu telah meningkat kepada 19,601 orang daripada 5,699 keluarga, di Kelantan meningkat kepada 12,104 orang daripada 3,295 keluarga, selain Pahang, Johor dan Perak yang turut mencatat peningkatan.

Justeru, pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Adab Youth Garage (AYG) telah mengambil inisiatif menggerakkan Misi Bantuan Banjir #KitaKawan untuk membantu mangsa banjir di negeri yang terlibat khususnya di Kelantan dan Terengganu.

Sebagai makluman, persediaan telah diatur melibatkan seramai 570 orang sukarelawan, 21 kenderaan pacuan empat roda, 3 buah lori, 5 buah van dan 23 buah waterjet yang akan dimanfaatkan untuk misi kali ini.

Dalam masa yang sama pihak kami telah membuka Pusat Operasi dan Pengurusan Sumbangan Bantuan Bencana dan Banjir ABIM-GPM-AYG (Sanggar Bakti) di seluruh negara bagi menghadapi bencana banjir ini.

Sebanyak 16 buah Sanggar Bakti dibuka seluruh negara telah beroperasi setiap hari pada pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang bagi memberi peluang kepada orang

ramai untuk menyumbang. Maklumat lokasi dan nombor perhubungan adalah seperti edaran yang dilampirkan.

Pusat Operasi Sanggar Bakti menerima sumbangan bantuan banjir seperti makanan, ubat-ubatan, pakaian, kit ibadah, kit kanak-kanak dan tuala wanita.

Justeru itu, kami menyeru kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk hadir ke mana-mana Sanggar Bakti yang berdekatan bagi tujuan menghulurkan sumbangan.

Dalam masa sama, pihak kami juga mengalu-alukan kerjasama strategik serta sumbangan dari badan bukan kerajaan, korporat, komuniti dan pihak kerajaan dalam usaha membantu masyarakat yang dilanda banjir. Maklumat berkaitan sumbangan boleh didapati dengan layari tabungbencana.com atau hubungi Ketua Penyelaras kami iaitu saudara Fawwaz melalui talian 019-6074700.

Perlu ditegaskan, Misi Banjir #KitaKawan ini penting untuk menyatukan seluruh rakyat atas semangat Bangsa Malaysia untuk saling bantu membantu antara satu sama lain. Dalam suasana suhu politik yang masih panas, disusuli sentimen perkauman dan kebencian agama yang menebal, pihak kami amat menyeru agar seluruh pihak untuk bersama berganding bahu dan tenaga tanpa mengira latar kaum, agama dan fahaman politik untuk mengenepikan perbezaan dan fokus menjayakan Misi banjir #KitaKawan ini.

Sekian, terima kasih.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Global Peace Mission Malaysia (GPM)
ADAB Youth Garage (AYG)

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

AMKewanganKhidmat Sosial Korporat

Mohd Iskandar Dzulkarnain dilantik Pengarah Urusan AmanahRaya REIT Baharu

Spread the loveKuala Lumpur, 17 Mac 2025 – AmanahRaya Real Estate Investment...

OKUPendidikanUTAMA

UM santuni murid pendidikan khas dengan MIRACLE

Spread the loveDalam dunia pendidikan, setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk berkembang...

PolitikUTAMA

Syahredzan Johan terpilih CEC DAP, dilantik Naib Pengerusi Kebangsaan

Spread the loveSHAH ALAM, 16 Mac 2025 – Kongres Kebangsaan Parti Ke-18...

PolitikUTAMA

Saifuddin nasihat Keadilan Kedah & Perlis Bertanding Sihat, Jaga Kesatuan Menjelang Pemilihan Parti

Spread the loveSUNGAI PETANI, 17 Mac 2025 – Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Parti...