AMBM @ MY LNAPelancongan

MOTAC sambut baik pelantikan Timbalan Menteri yang baharu

Spread the love

10 Disember 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengalu-alukan pelantikan Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang baharu.

Menurut MOTAC dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, Khairul Firdaus yang berasal dari Sabah merupakan seorang pemimpin muda yang diyakini berupaya untuk memberikan idea yang berinovatif dan relevan dengan situasi semasa bagi merancakkan sektor pelancongan, seni dan budaya negara.

“Pihak MOTAC optimis pemilihan dan pelantikan YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan akan memperkukuhkan serta melengkapkan barisan kepimpinan dan pasukan kerja MOTAC yang diterajui oleh YB Dato Sri Tiong King Sing selaku Menteri MOTAC.

Seluruh warga MOTAC merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan atas pelantikan ini. MOTAC akan terus bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan kelangsungan industri ini dapat terus diperkasakan.” kata MOTAC.

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

AMPelanconganUTAMA

TOURISM MALAYSIA LANCAR PAKEJ PELANCONGANWELLNESS MERANGKUMI PENGALAMAN HOLISTIK DAN DESTINASI INDAH

Spread the loveKUALA LUMPUR, 14 MAC 2025 – Tourism Malaysia hari ini...

AMUTAMA

KERAJAAN DAN FOODPANDA JALIN KERJASAMA PERLUAS PERLINDUNGAN SOSIAL PEKERJA GIG

Spread the loveKuala Lumpur, 13 Mac 2025 – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)...

AMPelancongan

TOURISM MALAYSIA PERKUKUH LIBAT URUS  INDUSTRI PELANCONGAN MENUJU TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Spread the lovePORT DICKSON, 13 Mac 2025 – Tourism Malaysia meneruskan usaha...

AMBernamaJenayah

MUAT NAIK KANDUNGAN PALSU SENTUH SENSITIVITI AGAMA DI MEDIA SOSIAL: SEORANG INDIVIDU DISIASAT

Spread the loveCYBERJAYA, 13 Mac (Bernama) — Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun...