BM @ MY LNAPendapatPendidikan

ABIM RAKAM UCAPAN TAHNIAH BUAT MENTERI PENDIDIKAN BAHARU, PERINCI ASPIRASI PENDIDIKAN UNTUK MASA DEPAN

Spread the love

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan tahniah buat YB Puan Fadhlina Siddiq atas taklifan sebagai Menteri Pendidikan kepada kerajaan Perpaduan seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim.

ABIM meyakini kewibawaan dan pengalaman yang dimiliki menjadi tonggak untuk beliau memimpin kementerian pendidikan ke arah kecemerlangan.

Dalam memenuhi misi tersebut, ABIM ingin perinci lima perkara pokok isu pendidikan yang harus dititikberatkan.

Pertama, isu keciciran pembelajaran yang harus diangkat sebagai isu utama. Justeru ia memerlukan pengukuhan 3M pada peringkat tahap 1.

Kedua Dasar Pendidikan Digital perlu disegerakan bagi mempercepat adaptasi pendigitalan dalam ekosistem pendidikan.

Ketiga sekolah daif yang merupakan isu berpanjangan dan perlu penyelesaian kreatif dan drastik bagi kesaksamaan pendidikan.

Keempat hala tuju pendidikan perlu dijajarkan semula bagi memaknakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Negara yang dilihat semakin dilupakan akibat pembelajaran berorientasikan peperikasaan masih menebal dalam masyarakat.

Kelima Pendidikan negara harus menjurus ke arah pembinaan watak dan kemahiran berasaskan kepada hikmah dan penerapan nilai-nilai yang selari dengan pendidikan Islam yang sifatnya universal.

Untuk merungkai persoalan mengenai dinamika pendidikan Islam di negara ini, ABIM ingin merujuk kepada pandangan almarhum Dato Prof Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 1440H peringkat kebangsaan, yang mencadangkan agar Pendidikan Islam di Malaysia dikaji semula agar dilihat sesuai dengan pengamalan Islam dalam kerangka masyarakat Malaysia yang bersifat realiti kemajmukan dengan kepelbagaian kaum dan agama, seperti penyepaduan Fiqh Muwatanah, Fiqh Taayush, menambah interaksi dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama, dan sepertinya. Asas kajian semula kurikulum dan dasar pendidikan secara keseluruhan perlu melihat kepentingan pendidikan dalam membentuk watak bangsa Malaysia.

Justeru, sejajar dengan aspirasi YAB Perdana Menteri untuk membawa agenda perubahan ke arah yang lebih baik, ABIM berbesar hati untuk menjadi pemegang taruh aktif dalam menjadi rakan kongsi pembinaan dasar pendidikan negara.

Muhammad Faisal Abdul Aziz Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Leave a comment

Tinggalkan Balasan

Related Articles

AgamaPendapat

Menghidupkan Ramadan dengan kebersamaan dalam keluarga

Spread the loveOleh Nur Faezah Musthapar Bulan Ramadan sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap...

AgamaPendapat

Didiklah pandangan mata di bulan Ramadan

Spread the loveOleh Mohd Anuar Ramli, Muhamad Nabil Saiful Anuar Mata merupakan...

PendapatPendidikan

UA untuk semua: Tiada pelajar harus ketinggalan

Spread the loveOleh Muzalwana Abdul Talib Permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi...

PendapatPendidikan

UPSI Perkasa Tatakelola AI Melalui Seminar STAKE ’25

Spread the loveOleh: Bazli Razak TANJUNG MALIM, 17 Mac 2025 – Universiti...